PEKDIS
Adalah
singkatan bagi Pertubuhan Dakwah Islamiah Sekolah - Sekolah Malaysia.
Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia mula ditubuhkan pada
tahun 2005. Yang DiPertua PEKDIS yang pertama ialah Yang Berbahagia Hj. Abd.
Razak bin Draman, Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan , Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral (JAPIM), KPM. Bagi sesi 2009/2010, jawatan Yang DiPertua PEKDIS
disandang oleh Tn. Hj. Abdullah bin Md. Din,
Timbalan Pengarah (Operasi Dakwah), Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Sehingga
2010, jumlah guru Pendidikan Islam seluruh Negara telah mencapai angka lebih 42
ribu orang. Jumlah ini dijangka akan mencecah angka lebih 60 ribu orang apabila
semua keperluan jawatan diisi menjelang 2015 nanti. Sehubungan dengan itu,
semua Guru Pendidikan Islam perlu menjadi ahli pertubuhan bagi mendokong dan
membantu aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah sekolah-sekolah serta menjaga
kebajikan dan kepentingan perkhidmatan masing-masing.
VISI
Sebuah
Organisasi yang berwibawa dalam memperjuangkan nasib ahlinya tanpa mengabaikan
tanggungjwab sebagai Pendidik
MISI
Memastikan
perjuangan dalam semua aspek kebajikan ahlinya dapat disalurkan dengan cara
paling berkesan demi keselesaan dan kesejahteraan para ahlinya
TUJUAN
1.
Merapatkan Ukhuwwah Islamiah antara Guru
Pendidikan Islam (GPI), meningkatkan prestasi perkhidmatan dan profesionalisme
GPI serta menjaga kebajikan GPI.
2. Menjalinkan kerjasama antara Jabatan dan Institusi
Pendidikan dan juga dengan badan-badan Dakwah dan agensi-agensi lain bagi
menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3. Meningkatkan kualiti pengurusan Pendidikan Islam
dan Dakwah melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua peringkat.
4. Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI).
5. Membantu pelaksanaan aktiviti Dakwah dan
kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah.
6. Menerima derma, tajaan dan sumbangan dengan syarat
telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan dan lain-lain agensi yang
berkaitan.
7. Merancang dan melaksanakan program dan
aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kewangan di cawangan-cawangan
PEKDIS seluruh negara dengan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih
dahulu.
8. Merancang dan melaksanakan progarm dan
aktiviti-aktiviti yang memberi perkhidmatan, kebajikan kepada semua ahli dari
segi pendidikan, kerjaya dan kesihatan.
KEAHLIAN
1 Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di institusi-institusi
pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan.
2. Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan yang telan bersara.
3. Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) atau Pejabat Pendidikan Bahagian.
No comments:
Post a Comment